Selasa, 9 September 2008

demi masa..

tik tok tik tok...

cepat masa berjalan... kita sudah sampai ke 10 ramadhan...

moga kita teruskan ibadah puasa kita dengan penuh kesabaran... amin.

Rabu, 3 September 2008

Menulis blog yang menguntungkan...

ku dapat ilmu, dan ku dapat hadiah.."fuh yoo!"

terimakasih daun keladi.. lain tahun boleh sertai lagi?

Selasa, 2 September 2008

Salam Ramadhan

... selamat menjalani ibadah puasa dalam salam ramadhan dari saya...

Ahad, 31 Ogos 2008

terimakasih

terimakasih.

terharu dapat hadiah... blog yang bermula sebagai pentas menulis dalam bahasa melayu atas galakkan sepupu dan saudara mara di beri ganjaran.. memang tak sangka.

memang saya akur, mula-mula menulis dalam bahasa ibunda bagi saya terasa payah seakan besi yang karat. Apa tidaknya, sudah lebih sedekad tak menulis. Bertutur dalam bahasa melayu formal pun tidak lagi. Hanya bertutur dalam bahasa melayu-campur atau orang biasa kata bahasa pasar kiranya. Jadi peluang menulis blog dalam bahasa melayu ini menjadi sebagai latihan dan inspirasi memperbaiki bahasa.

terimakasih pihak penganjur dengan adanya pertandingan ini.

Disini juga saya ingin mohon maaf kepada pihak penganjur kerana tak dapat hadir di sesi penyampaian hadiah. Sebenarnya masa itu sudah ada perancangan lain. Terima kasih juga pada sepupu saya yang dikenali sebagai "aunty yaya" oleh anak2 saya kerana menolong mewakili saya. Tak sangka hadiah saguhati cukup lumayan.. alhamdullilah rezeki.

terimakasih sekali lagi semua!

Ahad, 24 Ogos 2008



Seawal jam 6 pagi saya telah keluar rumah untuk berlari anak. Pagi ini saya pertama kali, mengikuti larian "Singapore Bay Run" yang dikelolakan oleh pihak tentera singapura sejak sedekad lalu apabila berakhir dari perkhidmatan negara aktif.

Berlari di atas jambatan sheares memberi banyak kenangan. Setiap hari ketika pulang dari kerja, pasti saya akan tersangkut dek kesibukan jalan raya dijambatan ini.

Cuaca pagi sungguh baik. Tidak terik atau hujan. Ramai yang menyertai larian ini. Dianggarkan 70000 orang. Aktiviti sihat begini akan saya teruskan insyaallah.

Rabu, 20 Ogos 2008

Selasa, 12 Ogos 2008

ayat-ayat cinta

Dua hari yang lalu, saya sekeluarga baru berkesempatan menonton filem ayat-ayat cinta. Filem ini sungguh hebat.

Tapi saya menonton sahaja dirumah. Harga cakra DVD yang diedarkan hanya $12 dollar. Sungguh menguntungkan, jika dikira lebih dari seisi keluarga yang menyaksikan. Lebih 5 orang yang menonton ketika itu dan kalau kami ke wayang, justeru kosnya menjangkau $40 dollar. Lebih-lebih lagi hari itu hari minggu. Amat menjimatkan!

Lagipun cakra itu boleh ditonton lagi dan boleh ditangguhkan sekejap jika perlu. Jika tetamu yang datang, boleh dihidangkan sekali tayangan yang hebat-hebat sebegini.

Rabu, 6 Ogos 2008

pagi yang gelap-hujan

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Chorus:
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerana aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua


Tertarik dengan lirik lagu ini.

Khamis, 31 Julai 2008

Ahad, 27 Julai 2008

gotong-royong & tolong-menolong

Satu sikap yang boleh kita banggakan dalam masyarakat Singapura ialah sikap tolong-menolong dan gotong-royong . Sikap ini banyak manfaatnya. Sebagai individu, tolong-menolong dalam aktiviti-aktiviti sihat sekecil mana pun boleh mendatangkan manfaat.

Seseorang itu boleh mengenali diantara sesama, dan menukar-nukar fikiran atau pengalaman. Seseorang itu akan lebih peka dengan keadaan sekelilingnya. Dengan bersikap demikian dia akan lebih mesra dengan manusia sekelilingnya. Dengan ikatan persaudaraan yang terjalin dari aktiviti gotong-royong itu, dia dapat membina persahabatan yang mungkin boleh menolongnya jika dia perlu bantuan di masa hadapan.

Sikap gotong-royong dan tolong-menolong juga boleh mendatangkan penjimatan. Sebagai contoh dalam majlis kenduri atau perkahwinan, sikap tolong menolong antara keluarga dan teman-teman boleh mengurangkan kos pembelanjaan. Di sekolah-sekolah atau persatuan-persatuan, tenaga kerja yang membantu boleh menjalankan projek-projek amal dengan kos yang rendah. Di rumah, jika sikap ini dipupuk, pasti ada juga sumber penjimatan. Sebagai contoh, kalau kita sekeluarga bergotong-royong mencuci kereta di hujung minggu, mungkin boleh menjimatkan $20 setiap bulan daripada mencucinya di stesen cuci kereta.

Teruskanlah amalan yang murni ini!

Jumaat, 25 Julai 2008

menikmati alam keindahan ciptaan tuhan

Satu daripada aktiviti yang murah lagi menarik yang pernah saya lakukan di masa sekolah dulu ialah menikmati kerdipan bintang-bintang di malam hari. Sebenarnya, minat saya tentang bintang, bermula diwaktu saya sedang menjalani perkhidmatan negara. Saya dapati bintang-bintang dapat menolong menunjukkan ke arah yang betul ketika berjalan didalam kegelapan malam.

Selain itu, dimalam -malam tertentu akan berlakunya satu keindahan yang cukup menakjubkan. Apa yang saya maksudkan ialah melihat "shooting stars" atau "meteor shower" atau dalam bahasa melayunya melihat puluhan najis bintang. Sungguh indah dan cukup nostalgik. Aktiviti yang tak perlu kan kos ini adalah anugerah tuhan pencipta sekian alam. Tetapi kita harus bersedia diuji untuk bersabar menunggu saatnya. Pasti pengalaman menyaksikannya cukup istimewa.

Selain itu, kita boleh mempelajari nama-nama kumpulan bintang dan planet.

Di bawah ini, saya kumpulan anggaran jangka waktu aktiviti-aktiviti "shooting-star" yang mungkin berlaku. Kalau ada peluang jangan lupa menyaksikan. Buat sedikit penyilidikan tentang masa dan daerah fenomena alam ini akan berlaku.

Tarikh
12 Ogos 2008 - Perseids
21-22 Oktober 2008 - Orionids
17-18 November 2008 - Leonids
13-14 Disember 2008 - Geminids
3-4 Januari 2009 - Quadrantids
26 Januari 2009 - Gerhana matahari
9 Februari 2009 - Sebahagian gerhana bulan
21-22 April 2009 - Lyrids
22 Julai 2009 - Gerhana matahari
12-13 Ogos 2009 - Perseids

Khamis, 24 Julai 2008

jangan maksimakan jangka hutang kalau tidak betul2 perlu

Satu daripada keperluaan asas hidup adalah rumah untuk kita diami. Ramai antara kita yang membeli rumah dengan pihak HDB. Walaupun rumah HDB rata-ratanya jauh lebih murah dari rumah privet, namun ramai yang terlalu terdedah dengan hutang dengan jangka-masa pinjaman yang terlalu lama.

Mengapakah ini terjadi?

Satu sebab, mungkin masyarakat kita lebih suka dengan rumah yang besar. Mereka gemar membayar dengan wang yang sedikit setiap bulan dan memaksimakan jenis rumah yang termampu dengan jangkamasa hutang yang maksima. Tetapi kalau diperiksa balik, kos interes yang di bayar pada tempuh yang panjang mungkin menjangkau 30-50% dari harga pembelian rumah tersebut.

Dengan tempuh yang lama, risiko membayar hutang rumah bertambah tinggi. Ada beberapa kriteria baru yang dikenakan oleh lembaga pentadbir CPF, dan mungkin boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Ini mungkin boleh menjejas si pembayar hutang yang mengambil pinjaman yang lama. Antara contoh, ialah apabila umur sesorang menjangkau lebih dari 50 tahun, kadar caruman CPFnya akan turun. Jika gajinya tidak berubah, hutang yang dipinjamkan itu yang selalunya dibayar dengan wang CPF setiap bulan, akan menjadi tidak cukup. Di masa itu, dia terpaksa menambah dengan wang tunai untuk membayar hutang ansuran itu. Ini mungkin lebih menyusahkan dirinya, kerana di umur sebegitu, seseorang mungkin terdedah kepada risiko-risiko lain seperti keadaan kesihatan, kos pelajaran ke tahap tinggi bagi anak-anak yang ditanggung, kos inflasi dan boleh juga menjejas pengumpulan wang persaraannya.

Justeru, seseorang harus melihat situasi kewangannya dan memikirkan semua itu sebelum membeli rumah. Kalau boleh rancangkan bagaimana hendak cepatkan membayar hutang-hutang itu dan mengurangkan kos interes pada sesiapa yang masih membayar hutang pinjaman rumah mereka.