Selasa, 9 September 2008

demi masa..

tik tok tik tok...

cepat masa berjalan... kita sudah sampai ke 10 ramadhan...

moga kita teruskan ibadah puasa kita dengan penuh kesabaran... amin.

Rabu, 3 September 2008

Menulis blog yang menguntungkan...

ku dapat ilmu, dan ku dapat hadiah.."fuh yoo!"

terimakasih daun keladi.. lain tahun boleh sertai lagi?

Selasa, 2 September 2008

Salam Ramadhan

... selamat menjalani ibadah puasa dalam salam ramadhan dari saya...

Ahad, 31 Ogos 2008

terimakasih

terimakasih.

terharu dapat hadiah... blog yang bermula sebagai pentas menulis dalam bahasa melayu atas galakkan sepupu dan saudara mara di beri ganjaran.. memang tak sangka.

memang saya akur, mula-mula menulis dalam bahasa ibunda bagi saya terasa payah seakan besi yang karat. Apa tidaknya, sudah lebih sedekad tak menulis. Bertutur dalam bahasa melayu formal pun tidak lagi. Hanya bertutur dalam bahasa melayu-campur atau orang biasa kata bahasa pasar kiranya. Jadi peluang menulis blog dalam bahasa melayu ini menjadi sebagai latihan dan inspirasi memperbaiki bahasa.

terimakasih pihak penganjur dengan adanya pertandingan ini.

Disini juga saya ingin mohon maaf kepada pihak penganjur kerana tak dapat hadir di sesi penyampaian hadiah. Sebenarnya masa itu sudah ada perancangan lain. Terima kasih juga pada sepupu saya yang dikenali sebagai "aunty yaya" oleh anak2 saya kerana menolong mewakili saya. Tak sangka hadiah saguhati cukup lumayan.. alhamdullilah rezeki.

terimakasih sekali lagi semua!

Ahad, 24 Ogos 2008



Seawal jam 6 pagi saya telah keluar rumah untuk berlari anak. Pagi ini saya pertama kali, mengikuti larian "Singapore Bay Run" yang dikelolakan oleh pihak tentera singapura sejak sedekad lalu apabila berakhir dari perkhidmatan negara aktif.

Berlari di atas jambatan sheares memberi banyak kenangan. Setiap hari ketika pulang dari kerja, pasti saya akan tersangkut dek kesibukan jalan raya dijambatan ini.

Cuaca pagi sungguh baik. Tidak terik atau hujan. Ramai yang menyertai larian ini. Dianggarkan 70000 orang. Aktiviti sihat begini akan saya teruskan insyaallah.

Rabu, 20 Ogos 2008

Selasa, 12 Ogos 2008

ayat-ayat cinta

Dua hari yang lalu, saya sekeluarga baru berkesempatan menonton filem ayat-ayat cinta. Filem ini sungguh hebat.

Tapi saya menonton sahaja dirumah. Harga cakra DVD yang diedarkan hanya $12 dollar. Sungguh menguntungkan, jika dikira lebih dari seisi keluarga yang menyaksikan. Lebih 5 orang yang menonton ketika itu dan kalau kami ke wayang, justeru kosnya menjangkau $40 dollar. Lebih-lebih lagi hari itu hari minggu. Amat menjimatkan!

Lagipun cakra itu boleh ditonton lagi dan boleh ditangguhkan sekejap jika perlu. Jika tetamu yang datang, boleh dihidangkan sekali tayangan yang hebat-hebat sebegini.

Rabu, 6 Ogos 2008

pagi yang gelap-hujan

Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Chorus:
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerana aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua


Tertarik dengan lirik lagu ini.

Khamis, 31 Julai 2008

Ahad, 27 Julai 2008

gotong-royong & tolong-menolong

Satu sikap yang boleh kita banggakan dalam masyarakat Singapura ialah sikap tolong-menolong dan gotong-royong . Sikap ini banyak manfaatnya. Sebagai individu, tolong-menolong dalam aktiviti-aktiviti sihat sekecil mana pun boleh mendatangkan manfaat.

Seseorang itu boleh mengenali diantara sesama, dan menukar-nukar fikiran atau pengalaman. Seseorang itu akan lebih peka dengan keadaan sekelilingnya. Dengan bersikap demikian dia akan lebih mesra dengan manusia sekelilingnya. Dengan ikatan persaudaraan yang terjalin dari aktiviti gotong-royong itu, dia dapat membina persahabatan yang mungkin boleh menolongnya jika dia perlu bantuan di masa hadapan.

Sikap gotong-royong dan tolong-menolong juga boleh mendatangkan penjimatan. Sebagai contoh dalam majlis kenduri atau perkahwinan, sikap tolong menolong antara keluarga dan teman-teman boleh mengurangkan kos pembelanjaan. Di sekolah-sekolah atau persatuan-persatuan, tenaga kerja yang membantu boleh menjalankan projek-projek amal dengan kos yang rendah. Di rumah, jika sikap ini dipupuk, pasti ada juga sumber penjimatan. Sebagai contoh, kalau kita sekeluarga bergotong-royong mencuci kereta di hujung minggu, mungkin boleh menjimatkan $20 setiap bulan daripada mencucinya di stesen cuci kereta.

Teruskanlah amalan yang murni ini!

Jumaat, 25 Julai 2008

menikmati alam keindahan ciptaan tuhan

Satu daripada aktiviti yang murah lagi menarik yang pernah saya lakukan di masa sekolah dulu ialah menikmati kerdipan bintang-bintang di malam hari. Sebenarnya, minat saya tentang bintang, bermula diwaktu saya sedang menjalani perkhidmatan negara. Saya dapati bintang-bintang dapat menolong menunjukkan ke arah yang betul ketika berjalan didalam kegelapan malam.

Selain itu, dimalam -malam tertentu akan berlakunya satu keindahan yang cukup menakjubkan. Apa yang saya maksudkan ialah melihat "shooting stars" atau "meteor shower" atau dalam bahasa melayunya melihat puluhan najis bintang. Sungguh indah dan cukup nostalgik. Aktiviti yang tak perlu kan kos ini adalah anugerah tuhan pencipta sekian alam. Tetapi kita harus bersedia diuji untuk bersabar menunggu saatnya. Pasti pengalaman menyaksikannya cukup istimewa.

Selain itu, kita boleh mempelajari nama-nama kumpulan bintang dan planet.

Di bawah ini, saya kumpulan anggaran jangka waktu aktiviti-aktiviti "shooting-star" yang mungkin berlaku. Kalau ada peluang jangan lupa menyaksikan. Buat sedikit penyilidikan tentang masa dan daerah fenomena alam ini akan berlaku.

Tarikh
12 Ogos 2008 - Perseids
21-22 Oktober 2008 - Orionids
17-18 November 2008 - Leonids
13-14 Disember 2008 - Geminids
3-4 Januari 2009 - Quadrantids
26 Januari 2009 - Gerhana matahari
9 Februari 2009 - Sebahagian gerhana bulan
21-22 April 2009 - Lyrids
22 Julai 2009 - Gerhana matahari
12-13 Ogos 2009 - Perseids

Khamis, 24 Julai 2008

jangan maksimakan jangka hutang kalau tidak betul2 perlu

Satu daripada keperluaan asas hidup adalah rumah untuk kita diami. Ramai antara kita yang membeli rumah dengan pihak HDB. Walaupun rumah HDB rata-ratanya jauh lebih murah dari rumah privet, namun ramai yang terlalu terdedah dengan hutang dengan jangka-masa pinjaman yang terlalu lama.

Mengapakah ini terjadi?

Satu sebab, mungkin masyarakat kita lebih suka dengan rumah yang besar. Mereka gemar membayar dengan wang yang sedikit setiap bulan dan memaksimakan jenis rumah yang termampu dengan jangkamasa hutang yang maksima. Tetapi kalau diperiksa balik, kos interes yang di bayar pada tempuh yang panjang mungkin menjangkau 30-50% dari harga pembelian rumah tersebut.

Dengan tempuh yang lama, risiko membayar hutang rumah bertambah tinggi. Ada beberapa kriteria baru yang dikenakan oleh lembaga pentadbir CPF, dan mungkin boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Ini mungkin boleh menjejas si pembayar hutang yang mengambil pinjaman yang lama. Antara contoh, ialah apabila umur sesorang menjangkau lebih dari 50 tahun, kadar caruman CPFnya akan turun. Jika gajinya tidak berubah, hutang yang dipinjamkan itu yang selalunya dibayar dengan wang CPF setiap bulan, akan menjadi tidak cukup. Di masa itu, dia terpaksa menambah dengan wang tunai untuk membayar hutang ansuran itu. Ini mungkin lebih menyusahkan dirinya, kerana di umur sebegitu, seseorang mungkin terdedah kepada risiko-risiko lain seperti keadaan kesihatan, kos pelajaran ke tahap tinggi bagi anak-anak yang ditanggung, kos inflasi dan boleh juga menjejas pengumpulan wang persaraannya.

Justeru, seseorang harus melihat situasi kewangannya dan memikirkan semua itu sebelum membeli rumah. Kalau boleh rancangkan bagaimana hendak cepatkan membayar hutang-hutang itu dan mengurangkan kos interes pada sesiapa yang masih membayar hutang pinjaman rumah mereka.


Rabu, 23 Julai 2008

pautan kewangan yang berguna

Satu unsur menangani kos kehidupan yang saya rasa amat penting ialah ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan, boleh didapati dimana-mana. Seumpamanya, kita boleh ke sekolah untuk mencari ilmu , membaca buku, majalah atau suratkhabar, melalui perbualan dan boleh juga dengan permerhatian.

Sebenarnya, terlalu banyak contoh kalau hendak disebut satu-persatu. Tetapi satu cara yang sekarang semakin ramai telah mengunakan ialah melalui lelaman web.

Di blog kali ini saya rumpunkan pautan-pautan yang berguna untuk menimba sedikit ilmu tentang menangani kos harian. Harap berguna.

MoneySense

MoneySavingTips


FroggyBankTips

Forum_1

Forum_2

Forum_3

Selasa, 22 Julai 2008

jimat tau tulis blog!

Tak perlu buku diari, tak perlu kerap beli pena... dan mungkin tak perlu rak-rak untuk menyimpan diari-diari itu. Mesra alam kan?

Tak perlu membawanya kemana-mana, kerana ia dapat dicapai di dimana sahaja. Boleh berkongsi dengan teman-teman atau dibuat ia peribadi.

Bagaimana pula elektrik untuk komputer?, mungkin kalau kita tidak menulis blog, kita masih lagi mengunakan komputer, jadi mungkin tiada pembezaanya.

Isnin, 21 Julai 2008

keharmonian keluarga

Pada hujung minggu yang lalu kami sekeluarga telah menghabiskan masa mengeratkan hubungan persaudaraan. Akhir-akhir ini, hujung minggu selalu diperuntukan untuk mengunjung saudara-mara, ibu-bapa dan datuk-nenek.

Dengan adanya dua anak kecil yang comel dan lucu ini, datuk dan nenek, serta moyang mereka, sering berharap untuk melihat cucu-cucunya dikala hujung minggu. Kerana itu, kami jarang ke pusat riadah atau komplek beli-belah, hanya bila perlu sahaja.

Terimbas kembali zaman dahulu, aktiviti keluarga begini memang selalu diadakan dalam masyarakat kita. Adik beradik berkumpul dirumah yang tua atau bergilir-gilir mengada rumah terbuka untuk mengeratkan talian persaudaraan dan bertanya khabar. Hubungan kekeluargaan akan lebih dekat dan nilai dan adat bangsa dan agama mungkin lebih senang diterapkan pada generasi muda. Selain dari itu aktiviti sebegini cukup menjimatkan, dan nilai yang kita perolehi mungkin tak dapat dibeli dengan wang.

Mungkin kita boleh renungkan bersama dan hidupkan kembalikan aktiviti sebegini.

Ahad, 20 Julai 2008

jangan suka berhutang...takut susah pula anak-cucu kita

Saya baru saja selasai menonton drama korea yang bertajuk "Money War" atau dalam bahasa melayu berjudul "Peperangan Wang". Drama ini mengisahkan tentang seorang anak yang berjaya dalam bidang kewangan, tetapi tiba-tiba hilang segalanya setelah ayahnya gagal melunaskan hutang.

Ayahnya telah meminjam wang untuk perkahwinan adik perempuannya dengan peminjam wang haram. Namun ayahnya tak dapat membayar hutang itu kerana wang bunga telah berganda lebih 20 kali, maka kerana takut dia melarikan diri dan kemudian membunuh diri. Ibunya jatuh sakit, dan tak lama kemudian juga meninggal kerana tiada wang untuk merawatnya. Wang simpanan dah hasil jualan rumah mereka pun diambil oleh peminjam wang haram itu dengan paksa. Sehingga adiknya dipaksa menjual maruah untuk membayar hutang ayahnya. Dia dibuang kerja kerana jatuh muflis, dan tanpa rumah, hidupnya melarat di tepi jalan raya. Cerita drama ini sungguh menyayat hati. Walaupun anak itu bangkit semula dengan kehidupannya, namun hidupnya berubah sama sekali. Untuk hidup dia jadi pemungut hutang-hutang si peminjam wang haram.

Di negara kita, kesenangan meminjam wang dengan pihak bank dan pengunaan kad kredit tanpa kawalan boleh menyebabkan kita kesituasi berhutang. Kalau tidak dikawal, hutang-hutang kita akan menimbun dan seandainya terjadi apa-apa pada kita, ia mungkin menyusahkan anak-anak kita di masa depan.

Sabtu, 19 Julai 2008

masa itu kos.

Jam dinding menunjukkan 5 minit selepas jam lapan malam.

Sungguh cepat sabtu berlalu. Esok minggu dan lusa kembali bertugas. Apakah aku sudah luangkan masa ku pada hari ini dengan berkesan?

Seringkali kita dengar ungkapan "masa itu emas" atau "masa itu berharga". Tetapi tahukah bahawa masa itu juga merupakan sebuah kos. Sebuah kos kehidupan yang sentiasa kita luangkan tanpa henti.

Jadi, kalau masa itu kos, yang boleh dianalogikan seperti wang pembelanjaan, kita sepatutnya membelanjakan masa yang kita ada dengan cekap. Kalau tidak, masa kita mungkin terluang dengan sia-sia.

Ingatlah...masa akan terus menerus berdetik, tanpa menghiraukan kita.

Dengan pengunaan masa yang bijak, seorang manusia dapat mengawal kehidupannya.

Jumaat, 18 Julai 2008

menyemai nilai menabung dari kecil

Melihat tabung "si katak gembira" di atas meja tulis, mengenangkan saya pada si tabung kucing pada suatu masa lalu. Tabung kucing itu telah diberikan oleh ibu saya ketika saya berada di darjah satu kalau tidak silap saya. Di masa itu, ibu sering mengalakkan sifat menabung. Pesan ibu, kalau ada wang yang lebih dari duit poket sekolah, saya harus simpankan di dalam tabung itu. Walaupun 5 sen atau 10 sen, setiap hari saya akan cuba mengisikan tabung kucing itu.

Si anak kecil ini, ketika itu belum faham erti nilai wang. Namun amalan yang disemai sejak kecil itu banyak berguna pada dirinya dewasa ini.

Kini, tabung "si katak gembira", saya belikan pula untuk anak saya yang berumur 3 tahun. Memang ghairah si kecil itu mengisi tabungnya. Duit syiling yang dijumpainya akan disimpankan dalam tabung itu. Kadangkala si kecil berjalan keliling rumah mencari duit syiling. Sebagai ibu-bapa saya berharapan agar semangat dan keghairan menabung itu dapat diteruskan hingga dewasa. Insyaallah.


Khamis, 17 Julai 2008

minyak usah penuh!

Semenjak sebulan yang lalu, saya telah mengamalkan suatu sikap yang saya rasa dapat menjimatkan.
Apakah sikap itu?
Sebenarnya, saya tidak lagi mengisi tangki minyak kereta saya dengan penuh apabila berada di stesen minyak. Saya akan mengisi mungkin lepas setengah tangki atau lebih kurang 30 liter setiap kali. Lagipun, stesen minyak cukup dekat dengan kediaman saya atau tempat kerja saya.

Dua teori yang saya dasarkan dibawah ini mungkin boleh menyebabkan satu penjimatan.

1) Mengisi minyak penuh akan memberatkan kenderaan kita, justeru lebih bahan pembakar akan digunakan dan ia adalah satu kerugian.

2) Teori kedua telah dikongsi oleh rakan sekerja saya. Entah betul atau tidak, tetapi saya percaya pada logiknya. Alat sistem mengisi minyak itu mungkin memancutkan minyak dalam anggaran setengah liter sesaat. Kerena derasnya pancutan itu, sistem mengisi itu akan ada satu cara untuk mengelakkan dari minyak tertumpah apabila terlalu penuh. Kemungkinan besar, sistem itu mungkin menyedut kembali sedikit minyak yang pasti akan tumpah sebagai langkah berjaga-jaga.

Justeru mengisi tangki minyak dengan penuh mungkin merugikan.

Rabu, 16 Julai 2008

berlari-lari anak

Tadi, saya berlari-lari anak di tepi pantai.
Sudah lama saya tidak berlari-lari anak atau bersenam. Baru minggu lalu, tiba-tiba terlintas untuk mulakan tabiat yang sihat ini kembali.

Berlari-lari anak sebenarnya, sudah lama jadi kebiasaan saya sejak dibangku sekolah lagi. Manfaatnya memang banyak, seperti ia dapat membina stamina dan menguatkan sistem badan. Kesihatan amat penting dan setiap individu harus menjaganya sebaik boleh. Dengan kos kehidupan yang meningkat hari demi hari, kos perubatan di Singapura juga akan meningkat kerana inflasi. Amalan hidup yang sihat seperti berlari-lari anak boleh dibagaikan sebuah insuran yang percuma dan boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Selain itu, berlari-lari anak bagi saya adalah satu terapi diri. Malah, saya gunakan masa larian itu untuk merefleksikan diri. Process minda diwaktu larian itu berkhayal tentang tugasan yang perlu dibuat, tugasan yang telah dibuat dan hasilnya dan perkara-perkara baru yang saya akan lakukan, seperti memulakan blog minda ini umpamanya.

Dengan, berkhayal larian saya itu menjadi lebih senang dan masa berlari itu tidaklah terasa seperti sudah begitu lama.

Malam ini sungguh indah dan nyaman. Angin laut, kerdipan bintang-bintang dan bulan yang purnama seandainya terasa seperti jauh dari keriuhan hidup di kota metropolitan.