Satu sikap yang boleh kita banggakan dalam masyarakat Singapura ialah sikap tolong-menolong dan gotong-royong . Sikap ini banyak manfaatnya. Sebagai individu, tolong-menolong dalam aktiviti-aktiviti sihat sekecil mana pun boleh mendatangkan manfaat.
Seseorang itu boleh mengenali diantara sesama, dan menukar-nukar fikiran atau pengalaman. Seseorang itu akan lebih peka dengan keadaan sekelilingnya. Dengan bersikap demikian dia akan lebih mesra dengan manusia sekelilingnya. Dengan ikatan persaudaraan yang terjalin dari aktiviti gotong-royong itu, dia dapat membina persahabatan yang mungkin boleh menolongnya jika dia perlu bantuan di masa hadapan.
Sikap gotong-royong dan tolong-menolong juga boleh mendatangkan penjimatan. Sebagai contoh dalam majlis kenduri atau perkahwinan, sikap tolong menolong antara keluarga dan teman-teman boleh mengurangkan kos pembelanjaan. Di sekolah-sekolah atau persatuan-persatuan, tenaga kerja yang membantu boleh menjalankan projek-projek amal dengan kos yang rendah. Di rumah, jika sikap ini dipupuk, pasti ada juga sumber penjimatan. Sebagai contoh, kalau kita sekeluarga bergotong-royong mencuci kereta di hujung minggu, mungkin boleh menjimatkan $20 setiap bulan daripada mencucinya di stesen cuci kereta.
Teruskanlah amalan yang murni ini!
Ahad, 27 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan