Khamis, 24 Julai 2008

jangan maksimakan jangka hutang kalau tidak betul2 perlu

Satu daripada keperluaan asas hidup adalah rumah untuk kita diami. Ramai antara kita yang membeli rumah dengan pihak HDB. Walaupun rumah HDB rata-ratanya jauh lebih murah dari rumah privet, namun ramai yang terlalu terdedah dengan hutang dengan jangka-masa pinjaman yang terlalu lama.

Mengapakah ini terjadi?

Satu sebab, mungkin masyarakat kita lebih suka dengan rumah yang besar. Mereka gemar membayar dengan wang yang sedikit setiap bulan dan memaksimakan jenis rumah yang termampu dengan jangkamasa hutang yang maksima. Tetapi kalau diperiksa balik, kos interes yang di bayar pada tempuh yang panjang mungkin menjangkau 30-50% dari harga pembelian rumah tersebut.

Dengan tempuh yang lama, risiko membayar hutang rumah bertambah tinggi. Ada beberapa kriteria baru yang dikenakan oleh lembaga pentadbir CPF, dan mungkin boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Ini mungkin boleh menjejas si pembayar hutang yang mengambil pinjaman yang lama. Antara contoh, ialah apabila umur sesorang menjangkau lebih dari 50 tahun, kadar caruman CPFnya akan turun. Jika gajinya tidak berubah, hutang yang dipinjamkan itu yang selalunya dibayar dengan wang CPF setiap bulan, akan menjadi tidak cukup. Di masa itu, dia terpaksa menambah dengan wang tunai untuk membayar hutang ansuran itu. Ini mungkin lebih menyusahkan dirinya, kerana di umur sebegitu, seseorang mungkin terdedah kepada risiko-risiko lain seperti keadaan kesihatan, kos pelajaran ke tahap tinggi bagi anak-anak yang ditanggung, kos inflasi dan boleh juga menjejas pengumpulan wang persaraannya.

Justeru, seseorang harus melihat situasi kewangannya dan memikirkan semua itu sebelum membeli rumah. Kalau boleh rancangkan bagaimana hendak cepatkan membayar hutang-hutang itu dan mengurangkan kos interes pada sesiapa yang masih membayar hutang pinjaman rumah mereka.


Tiada ulasan: