Rabu, 16 Julai 2008

berlari-lari anak

Tadi, saya berlari-lari anak di tepi pantai.
Sudah lama saya tidak berlari-lari anak atau bersenam. Baru minggu lalu, tiba-tiba terlintas untuk mulakan tabiat yang sihat ini kembali.

Berlari-lari anak sebenarnya, sudah lama jadi kebiasaan saya sejak dibangku sekolah lagi. Manfaatnya memang banyak, seperti ia dapat membina stamina dan menguatkan sistem badan. Kesihatan amat penting dan setiap individu harus menjaganya sebaik boleh. Dengan kos kehidupan yang meningkat hari demi hari, kos perubatan di Singapura juga akan meningkat kerana inflasi. Amalan hidup yang sihat seperti berlari-lari anak boleh dibagaikan sebuah insuran yang percuma dan boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Selain itu, berlari-lari anak bagi saya adalah satu terapi diri. Malah, saya gunakan masa larian itu untuk merefleksikan diri. Process minda diwaktu larian itu berkhayal tentang tugasan yang perlu dibuat, tugasan yang telah dibuat dan hasilnya dan perkara-perkara baru yang saya akan lakukan, seperti memulakan blog minda ini umpamanya.

Dengan, berkhayal larian saya itu menjadi lebih senang dan masa berlari itu tidaklah terasa seperti sudah begitu lama.

Malam ini sungguh indah dan nyaman. Angin laut, kerdipan bintang-bintang dan bulan yang purnama seandainya terasa seperti jauh dari keriuhan hidup di kota metropolitan.

Tiada ulasan: