Saya baru saja selasai menonton drama korea yang bertajuk "Money War" atau dalam bahasa melayu berjudul "Peperangan Wang". Drama ini mengisahkan tentang seorang anak yang berjaya dalam bidang kewangan, tetapi tiba-tiba hilang segalanya setelah ayahnya gagal melunaskan hutang.
Ayahnya telah meminjam wang untuk perkahwinan adik perempuannya dengan peminjam wang haram. Namun ayahnya tak dapat membayar hutang itu kerana wang bunga telah berganda lebih 20 kali, maka kerana takut dia melarikan diri dan kemudian membunuh diri. Ibunya jatuh sakit, dan tak lama kemudian juga meninggal kerana tiada wang untuk merawatnya. Wang simpanan dah hasil jualan rumah mereka pun diambil oleh peminjam wang haram itu dengan paksa. Sehingga adiknya dipaksa menjual maruah untuk membayar hutang ayahnya. Dia dibuang kerja kerana jatuh muflis, dan tanpa rumah, hidupnya melarat di tepi jalan raya. Cerita drama ini sungguh menyayat hati. Walaupun anak itu bangkit semula dengan kehidupannya, namun hidupnya berubah sama sekali. Untuk hidup dia jadi pemungut hutang-hutang si peminjam wang haram.
Di negara kita, kesenangan meminjam wang dengan pihak bank dan pengunaan kad kredit tanpa kawalan boleh menyebabkan kita kesituasi berhutang. Kalau tidak dikawal, hutang-hutang kita akan menimbun dan seandainya terjadi apa-apa pada kita, ia mungkin menyusahkan anak-anak kita di masa depan.
Ahad, 20 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan