Jumaat, 18 Julai 2008

menyemai nilai menabung dari kecil

Melihat tabung "si katak gembira" di atas meja tulis, mengenangkan saya pada si tabung kucing pada suatu masa lalu. Tabung kucing itu telah diberikan oleh ibu saya ketika saya berada di darjah satu kalau tidak silap saya. Di masa itu, ibu sering mengalakkan sifat menabung. Pesan ibu, kalau ada wang yang lebih dari duit poket sekolah, saya harus simpankan di dalam tabung itu. Walaupun 5 sen atau 10 sen, setiap hari saya akan cuba mengisikan tabung kucing itu.

Si anak kecil ini, ketika itu belum faham erti nilai wang. Namun amalan yang disemai sejak kecil itu banyak berguna pada dirinya dewasa ini.

Kini, tabung "si katak gembira", saya belikan pula untuk anak saya yang berumur 3 tahun. Memang ghairah si kecil itu mengisi tabungnya. Duit syiling yang dijumpainya akan disimpankan dalam tabung itu. Kadangkala si kecil berjalan keliling rumah mencari duit syiling. Sebagai ibu-bapa saya berharapan agar semangat dan keghairan menabung itu dapat diteruskan hingga dewasa. Insyaallah.


Tiada ulasan: